Fakta Menarik Tentang Tesco Kota Bharu


Kelantan, diketahui sebagai negeri yang cuba sedaya upaya mengamalkan tuntutan syariah termasuk mewajibkan pemakaian tudung bagi kaum perempuan.

Namun, ada satu lagi fakta menarik tentang sebuah pasar raya yang terdapat di negeri yang digelar serambi Mekah ini iaitu Tesco Kota Bharu.

Sedikit berbeza dengan pasar raya lain, Tesco Kota Bharu mengamalkan polisi berlandaskan Islam iaitu tidak menjual minuman keras, arak mahu pun produk segar yang tidak halal.

Tesco Kota Bharu juga mencatat kelainan berbanding mana-mana Tesco lain seluruh dunia apabila menjadi cawangan pertama yang menutup operasi perniagaan pada waktu solat Jumaat dan menggunakan bahasa Jawi sebagai sebahagian jenama.

Selain itu, 85 peratus pelanggan Kota Bharu juga dicatatkan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan wang tunai berbanding kad kredit dan lain-lain. – REM RAMZI

Sumber : Majalah Qiadah Edisi 12 / Facebook Islam Agamu Ku

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. congratulation - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger