posted by indah.com on 24 Jun 2012
IST
google_ad_client="ca-pub-7486139053367666";google_ad_slot="0197188100";google_ad_width=250;google_ad_height=250; src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type
Seorang lelaki yang tak disebutkan namanya berusia 33 tahun membakar kekasihnya yang berusia 22 tahun,Chan Yee Mun. Demikian laporan The Star, Sabtu (23/6/2012).
Petugas bomba segera datang ke apartmen di Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur, setelah menerima panggilan kecemasan Jumaat (22/6/2012) sekitar pukul 2.30 pagi. Ketika ditemui wanita malang ini mengalami luka parah, terbakar hingga 90 persen dan tak boleh lagi bergerak.
Dia segera dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia .
Polis mengatakan, wanita itu dalam keadaan kritikal . Sementara itu, kekasih yang memiliki warung, menderita luka terbakar di tangan dan lengan.
Seorang tetangga yang tak mau disebutkan namanya mengatakan dia terbangun ketika mendengar suara riuh yang datang dari apartmen pasangan itu. Pemandu teksi itu segera datang dan melihat ada api. Dia pun segera menelepon anggota bomba dan polis .
"Mereka selalu bertengkar. Namun, ini untuk pertama kalinya insiden menyedihkan itu terjadi," katanya.
Cheras OCPD Asst Comm Mohan Singh mengatakan pihaknya kini menyiasat lelaki itu atas insiden itu kerana dianggap melakukan percubaan membunuh berdasarkan UU Section 307 of the Penal Code.
Posting Komentar