Jamil Khir kata Batal rang undang undang tukar agama bukan akibat tekanan

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 08, 2013
Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 2003 bukan disebabkan desakan dan tekanan pihak tertentu.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan berbuat demikian untuk memperkemas undang-undang berhubung penukaran agama anak.
“Kita tidak menerima tekanan daripada sesiapa malah kami (Kabinet) sepakat dan sebulat suara untuk menarik balik rang undang-undang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.

Jamil berkata, kerajaan prihatin dan mahu menjaga kepentingan semua pihak dalam usaha memperhalusi lagi rang udang-undang berkenaan.
“Sebarang pindaan hanya dilakukan selepas rundingan dan pendapat semua pihak diperoleh. Pandangan pihak berkepentingan juga diambil kira,” katanya.

Dalam sidang Parlimen  hari ini, Jamil Khir mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik hasrat mereka bagi membentangkan pindaan kepada Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013.

Kabinet sebelum ini memutuskan untuk menarik balik rang undang-undang berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Rang Undang-Undang yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu sudah dibincangkan secara mendalam oleh ahli Kabinet Barisan Nasional.

Beliau berkata, semua pindaan berbangkit dari penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga ditarik balik.
Katanya, kerajaan percaya Islam agama yang adil kepada manusia dan pertikaian status agama anak perlu diselesai berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk agama seseorang bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh "his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga). – 8 Julai, 2013.
The Malaysian Insider

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. congratulation - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger